Wednesday, December 28, 2016

Short break ke? (Rolling eyes)

Assalamualaikum & hai peeps. I'm having a short break writing on this blog due to work matters, twins, and other 'bla bla' stuff like buat2 busy, tak typo nak menulis etc lah. Semalam saja dok review baca balik my older posts, hamboi masa preggy kemain rajin berblogging. Kena preggy lagi ke camne ni baru ada mood menulis. Huhu.

Hari ni no specific topic. Saja nak sembang2 kosong je. Dok baca2 balik entry2 lama She dari zaman study dulu, amboi bahasa dulu2. Kemain unmatured sgt. Nampak mcm tergolong dlm golongan budak wechat. Mintak simpang. T_T

Sebenarnya, secara tak sedar, makin bertambah usia ni, kita akan rasa mcm tak percaya kita pernah melalui zaman2 childish, zaman tak matang dulu. Di mana terdapatnya jurang ketara dari segi penggunaan bahasa, perbuatan, penampilan diri semua2 lah. Semuanya menampakkan perubahan, dan buat kita sedar diri & rasa mcm 'okay, aku dah tua sekarang..'


Dulu selalu rasa mcm diri ni takut sgt dgn peningkatan umur. Takut tua lah senang cakap. Tapi sekarang takde masa dah nak rasa takut semua bagai. Fokus dgn kehidupan and follow the flow je. In my eyes, family comes first. Takde dah rasa insecure pasal appearance diri ke, penerimaan org pada diri kita ke. Kiranya takde sifat selfish dah dlm diri. Sekarang ni rasa nak buat baik kat semua org je. Woah bagus sungguh perubahan ini. Moga istiqamah.

Eh, apa tah yg She sembang melalut pepagi ni. Dah mcm ustazah jadian pulak rasanya haha! Sebenarnya lebih kepada mood muhasabah diri utk entry kali ni. Beberapa hari lepas one of Riky's friend punya wife meninggal. Eksiden on the way balik dari kerja. Baby diorg umur 8 bulan. Arwah muda lagi, dah pergi dijemput Ilahi. Allahu. Bergenang air mata She tgk muka suci baby yg ditinggalkan mamanya tu. Tak faham apa2. Masih menyusu lagi pulak. Allah Allah. Sedihnya.

Dlm tahun ni jugak, tapi awal tahun. Kitorang dikejutkan dgn berita yg lebih kurang sama. Tapi yg ni kawan She. Alumni Unikop dulu. Husband meninggal dilanggar treller kat highway. Pun ada baby jugak, umur pun tak sampai setahun lagi rasanya masa ditinggalkan ayahnya tu. Allahu.


She tak dapat bayangkan betapa besar dugaan kawan Riky and kawan She tu dgn baby2 diorang. Cuma dapat doakan semoga diorang sentiasa kuat & tabah demi anak. Tanya kat Riky, apa perasaan dia kalau She pergi awal mcm wife kawan dia tu. Riky jawab takut nak fikir. Tak dapat terima katanya. She apatah lagi. Selalu risaukan dia. Tiapkali dia pergi kerja, She akan pesan drive elok2. Walaupun ofis dia cuma 5 minit je dari rumah huhu. Eh, eksiden tak mengenal jarak & lokasi oih. Kalau kun fayakun, kat mana2 bila2 masa pun jadi jugak. Nauzubillah. 

Okay lah. Panjang ustajah bebel hihi. Korang take care pasangan & anak2 ek. Semoga happy2 selalu di samping family tersayang. Drive elok2. Kerja elok2. Dok rumah pun elok2. Semua tempat ada risikonya walaupun kat rumah. Be cautious and safety first ya. Babai & jumpa lagi di lain entry. Tak sure entah bila lagi lah She nak up entry lepas ni. Setahun dua tiga post je mampu. Saya terima hakikat yg saya mmg bukan blogger tegar and famous mcm Keknis. Sendiri tulis sendiri baca balik. Berhuhuhuhu sendiri jugak. T_T

Monday, August 15, 2016

Kerja sudah bah kalau kau

Assalamualaikum semua.
Mesti rindu kan nak baca blog She. Aih jgn gitu. She bukan retis. Mihmih.

Sebenarnya lama tak update bukan apa, She terlupa ingatan yg She ada blog. Huhu! Busy oih. Takde time nak berceloteh. Mana dgn anak, kerja, suami lagi. Eh. 

Terlanjur ada free time sikit ni, She borak pasal kerja je lah ek utk entry ni. Seperti yg telah diberitahu sebelum ni, She kerja work from home sekarang. Start dari bulan February 2016. Probation 3 months, lepas tu confirm. Till now dah kerja almost 7 bulan dah. Alhamdulillah sgt seronok. Kerja apa? Kenal tak logo kat bawah ni?



She kerja under company ni lah. TutorKami ni online based business, under syarikat TK Edu Sdn Bhd. Nature dia education. Senang cakap, agensi utk home tutor. Position She as finance manager. Apa? Tak percaya? Percayalah, She tak tipu. Kerja dari rumah pun ada title manager. Mcm tipu bunyi dia kan. Takpelah kalau taknak percaya. (Menangis di sudut dinding)

Apa? Gaji? Dah agak mesti korang tertanya2 pasal gaji kan. So far so good lah gajinya. Cukup lah utk menampung kehidupan kitorang anak beranak. Cukup jugak lah nak berbakti kepada parent She and hulur duit raya kat adik2. Yg paling penting, cukup lah nak bayar balik hutang Mara & PTPTipu PTPTN. Apa yg boleh She kata, gaji based on commission. Byk komisyen byk lah gaji. Sikit komisyen, sikit jugak lah gajinya. The end.

Skop kerjanya takde lah busy sgt sebenarnya. Buat payment to tutor and isu resit to client je pun. She cover bahagian akaun jugak. Not too busy but memang takdan nak berlama2 baca blog gosip berfacebook bagai mcm dulu2. Sbbnya hari2 will got text from client/tutors. Antara alasan lain tak dan nak hadap berblogging ialah sbb sibuk melayan keletah my twinnies yg sekarang ni dah menginjak remaja. Remaja chuolls. Nak masuk setahun 6 bulan dah diorang. Rasa macam dull je kan blog ni kalau tak tepek pic diorang. Nah seframe dua utk tatapan korang yg merindui kami. Ada ke? Takde yg rindu pun takpe lah. (Menangis sekali lagi di sudut almari)





I am fully housewife plus work-from-home mommy. 

p/s : For those yg rasa ada ciri2 seorang guru, pernah bercita2 nak jadi cikgu tapi tak kesampaian nak apply masuk UPSI or maktab perguruan, boleh lah register kat page kami as a home tutor. Linknya kat sini ya - www.tutorkami.com



Thursday, March 24, 2016

Throwback #1 - Jenjalan Taman Tasik Titiwangsa

assalamualaikum.. free time nie.. kerja tak byk pulak hari ni, so moh ler kita berthrowback sat.. mengclearkan pic2 yg ada dlm gallery fon ni.. dah naik full dah memory, asek dpt notification clean up je sbb x cukup space.. jenuh pilih2 nak delete yg mana.. sedih..

kita throwback x ikut sequence lah ek.. x dan lak nak check tarikh satu2.. utk entry ni, She up peristiwa yg plg byk pic, iaitu masa jalan2 kat Taman Tasik Titiwangsa dgn mama, Sue & Lee.. enjoice~





isk2! geram betul.. headband ros merah ni feveret She.. dlm byk2 headband diorg, She plg suka tgk diorg pakai headband ni.. end up hilang satu masa jalan2 kat sini.. dah tinggal satu je, mmg x lah nk pakaikan lagi dah.. sedih!






abaikan rambut mereka yg terpacak itu.. masa ni berpeluh2 diorg.. letih berjalan katanya.. padahal dok dlm stroller je like a boss.. kitorg yg merengas berjalan jauh gile sambil tolak stroller diorg.. ceh..



Tuesday, March 15, 2016

quick update

assalamualaikum peeps.. amboi lama bebenau kan ceq tak munculkan diri.. maaf lah ye, been so busy lately ni.. dgn urusan pindah rumah, kerja, raising my twinnies yg semakin melasak.. oh em ji! dah 2016 weh! last update Disember lastyear! nmpk jelas dia punya busy tu kan.. hoho! terlepas suda byk perkembangan both my kiddos! the latest update bout them was during their 10 months old! now diorg dah setahun maigad!!! 

okay lah, She quick update je ye.. xde masa dah nk ngadap belog lelama skang ni.. yes, sgt busy sekarang.. fyi, kitorg dah pindah dari Bukit Tinggi (Bandar Botanic) ke Bukit Raja (Bandar Baru Klang).. walaupun dlm Klang jugak, tapi yg best nya rumah baru ni lagi super dekat dgn ofis incek hubby.. plus ada lift so xde dah bersenam turun naik tangga tingkat lima lagi dah..

tapi bkn pindah yg menjadi punca utama She busy sgt sampai x dan nk update perkembangan twinnies lagi dah.. semuanya sbb kerja! ya akhirnya! ceq dah jadi seorg pekerja! setelah hampir setahun lebih bertitle penganggur.. miahaha! hihi.. sebenarnya xde lah rasa cm bekerja sgt pun.. sbbnya She just work from home je.. belum confirm so malas nk cite byk.. tggu dah confirm nanti kita gebang2 pasal ni eh..

utk perkembangan si dua ketul kesayangan hamba tu, fyi diorg dah nk menapak dah skang.. ade lah dlm dua langkah lepas tu surrender.. acah2 seram katenye.. kihkih.. xpe la nak, slow2.. asalkan ade usaha ye dok.. gigi pun dah 6 batang skang, 4 atas 2 bawah.. lepas tu gigit nips ibu secara berjemaah bila nyusu.. histeria dibuatnya! hmm, seperti biasa, ayat yg pandai sebut still lagi abababa dlm carta.. tah bile nk sebut ibu tak tau lah.. hmm~ T_T

oleh kerana betry fon is about to die now, so She terpaksa hold dulu lah niat nk tepek pic2 aktiviti kitorg spnjg She menyepikan diri dari arena blogging ni.. nanti the next entry (kalau free lah) She akan update mengikut peristiwa lah ye.. sbb byk sgt.. as for now, She tepek dulu pic photoshoot sempena twinnies setahun.. sikit je pun, the rest save hardisk je.. berat sgt nk masuk fon byk2..  maybe dlm entry lain She tepek yg bakinya tu ek.. okay, papai & adios..





dah setahun anak2 ibu ni.. sekejapnye rase.. happy birthday syg2 ibu.. muahciked! :*