Sunday, January 1, 2017

Happy New Year!!

Bermain hujan sehingga lencun,
Lencun bersama dgn rakan2,
Dam dam dum bunyian mercun,
Meriahnya New Year kita raikan.


Salam semua. Mood berpantun pulak subuh2 ni hihi. Nak wish Selamat Tahun Baru 2017 utk semua! Azam She tahun 2017 ni, salah satunya obviously seen sekarang dan di ketika ini. Iaitu tak lain tak bukan, akan cuba utk merajinkan diri mengupdate entry dlm blog ni. Hakak cuba ye.

Semalam (Sabtu 31/12) kitorang lepak Aquaria KLCC. Lepas tu pergi makan kat IKEA Cheras. Balik2 semua dah letih, so end up celeb new year atas katil sambil dengar bunga api dentam dentum. Pic semua kat DSLR Sue. Nanti bila dah retrieve ke phone She akan up sini k.

Nak cerita pasal azam utk tahun 2017 ni, tapi She rasa mcm takde azam sgt pun yg nak digebangkan. Mengikut pemerhatian She, tahun 2017 ni ramai gila dlm kalangan kawan2 & cousin2 She yg bakal menimang baby. My besties G'Jie & Kakna both tgh preggy. Also tak lupa juga my cousins; Diba, Kak Ain, Ika, Kak Yanti, Shuhadah, pun tgh preggy. Tu belum lagi campur dgn kawan2 yg memilih utk tidak menghebohkan kehamilan diorang. Congrats korang semua! Ramai betul baby 2017 nanti. Ada yg tanya She, bila nak bagi twinnies adik, harap maaf. Itu (pregnant) langsung tak termasuk dlm kamus azam tahun baru She. Tidak utk tahun 2017 ni, waima tahun 2020 juga. Masih lagi trauma. Nak manja2 dgn twinnies sampai puas.


Apa yg dapat disimpulkan, azam She ialah utk menjadi lebih baik dari tahun2 yg sudah. Utk 2016, azam nak bebas dari hutang dah pun tercapai. Both MARA & PTPTN dah terlepas dari bebanan di bahu ini. Jiyeah alhamdulillah saya kini bebas hutang! So utk tahun ni, mungkin boleh masukkan travelling as my wishlist. Hihi verangan. Tu pun kalau ada rezeki lebih lah. Plan nak buatkan passport utk twinnies nanti. Ajak mereka melihat dunia. Amboi denga mcm gempak. Tak jauh sampai Amerikano pun aih. Asalkan dapat penuhi keinginan She nak merasa naik flight je pun okay dah. Mungkin Sabah Sarawak ke kan. To incek hubby, moh ler kita kumpul duit. Nak naik katebang please. (wink eyes)

Okay lah. Nak tidur sat. Hari ni ada plan jenjalan lagi. Akan diupdate sekali dgn pic Aquaria semalam k. Chow cincau dulu ya. Papai.



0 feedback:

Post a Comment