Assalamualaikum.
Just a quick update. Topik nak cerita ialah related dgn sindrom mak2. Pernah dengar 'baby blues'? Kalau mcm tak familiar, 'postpartum depression' mesti a bit familiar kan? Dua-dua tu berbeza, cuma nature or sources dia sama, iaitu 'BABY' a.k.a ANAK.
Dua tiga hari lepas, She tiba2 jadi mcm tak tentu arah. Mood tiba2 swing 360 darjah. Membentak2, menjerit2 satu rumah, menangis mcm org gila. Masa tu twinnies dok berebut phone. Selalunya She okay je ngadap situasi perebutan antara depa berdua tu. Hari2 dok ngadap, imun dah sepatutnya. Tapi ntah mcm mana hari tu tetiba She rasa mcm berubah jadi mcm tak betul. Rasa nak marah membuak2 sgt! At first She fikir emosi nak datang period. Tapi till today takde pulak tanda2 senggugut ke bagai. Elok je belum period2 pun lagi ni ha.
She mcm tak waras hari tu. Ditambah dgn si dua ketul tu bergaduh melalak2 pulak, lagi menambahkan bara yg tersimpan. She ignore mula2, tapi rasa bingit & bengang sgt bila melalaknya makin kuat. Then She marah lah diorang mcm org gila. Tak pernah rasanya She marah mcm tu. Sedar, tapi uncontrol. Twinnies buat muka redha je tak faham awat ibu tetibe jadi mcm The Hulk. Huhu! Dah marah-marah and then nangis pulak. Konfius diorang tgk She. Lepas dah nangis2 tu, bawak twins mandi petang tu, rasa mood mcm dah okay sikit. Terus text Riky. Mengadu rasa mcm letih penat bosan.
Petang tu Riky balik awal sikit, selalu balik dari gym lepak makan dulu. Ni tak, dia beli tapau je makan kat rumah. Nak teman org meroyan makan sekali katanya. Huhu! Malam tu sesi luahan rasa, terhambur lagi air mata She ni. Dok tanya dia 'am I a bad mom?' Rasa mcm jahat diri She ni. Jerit2 kat baby yg tak tahu apa2. Aduh menyesal. Tenang je dia hug She sambil urut2 belakang leher She. Katanya faham She letih jaga babies. Rasa lega sikit hati ni lepas dah nangis2 kat Riky malam tu.
Hmm risau sgt ada intention yg bukan2 mcm commit suicide ke bagai. So She cuba Google. Nak tgk normal ke mak2 tiba2 ada tantrum mcm tu. Rupanya ramai je pun. Baby blues namanya. Ada satu blog ni She tertarik utk screenshot & up sini. Mmg betul pun kata sis dlm ayat kat bawah ni, marah kita tu sekejap je pun. Bukan berhari2. Hari2 dah dok tahan sabar, kira mcm dah over the limit lah tu, tu yg sekali meletop terus tak hengat. Huhu. *kredit to mahligaicinta.com
Esoknya ha ambik kau, dua2 Ayien Ayish She hug tanda minta maaf atas keterlanjuran menjerit2 kat diorang semalamnya. Hmm. Rasanya akan ada banyak lagi cabaran dugaan jadi mak2 ni. Ini baru permulaan je. Susahnya nak kawal emosi depan anak2 kan. Memerlukan kesabaran. She paling takut kalau jadi ibu yg suka jerit2 kat anak. So after this kena cuba bersungguh2 utk tanamkan prinsip 'No Yelling'. Kena selalu bertabah ngadap karenah diorang. Geram betul She, diorang makin kuat bergaduh berebut pastu melalak satu rumah. Tak pepasal jiran2 ingat ibu dok dera awak2 berdua twinnies oih. T_T
*all pics credited to pakcik Google.
0 feedback:
Post a Comment