Wednesday, January 18, 2017

Wean off

Assalamualaikum.
Bulan depan anak dara dua ketul tu akan menginjak ke umur 2 tahun. So, bulan Januari ni adalah bulan She struggle utk try menjauhkan diri dari diorang. Bila diorang mintak susu je She cuba buat2 busy, cuba utk melambat-lambatkan bagi susu kat diorang. Nak latih diorang supaya mengurangkan kadar penyusuan bf, atau dlm bahasa mudah difahami ialah 'wean off'. Antara usaha She ialah: 

Beli set bedsheet



Sebenarnya plan belikan bedsheet utk diorang ialah utk asingkan bilik tidur. Tapi tak berjaya pun tidur asing. Ibu tak sampai hati nak berpisah tempat tidur dgn diorang. Isk. Plus She fikir agak susah sbb She kena berulang alik datang kat diorang kalau diorang terjaga in the middle of night mintak susu. Leceh jugak gitu. So this approach is totally decline. Belum masanya lagi nak tidur asing. So twinnies 1 ibu 0. Hukhuk! T_T

Minum guna botol susu



Nak carik balik botol Tommy Tippee diorang, She punya lah bongkar balik barang2 lama diorang masa baru melihat dunia dulu. Rupanya byk betul barang tersimpan kat stor tu. Pam She pun ada. Dah tak guna dah. Ingat nak letgo je, tutup production. Kuikui. Breast shield pun ada. Byk lagi pulak tu. Carik punya carik, jumpa satu botol je. Satu lagi tah mana ghaib. Sudahnya She bagi salah sorang guna storage botol Autumnz. Pun boleh lah nak. Cuma nak tengok diorang pandai tak hisap guna botol. She letak air masak dlm botol and bagi diorang. Nasib baik diorang ni mmg jenis suka minum air masak. She suruh diorang baring depan tv & suruh nyonyot. And yeay! Diorang pandai nyonyot! Habis air masak masing2! Seronok She tgk diorang nyonyot botol susu tu. Terasa free sikit my miss B ni. So ibu 1 twinnies 1.

Beli susu Dutchlady



She try susu kotak instead of susu tepung. The reason is tak leceh nak kena bancuh2 bagai. The concrete reason; I is pemalas. Hoho! She pilih Dutchlady perisa strawberry. Takmo perisa asli sbb kalau diorang reject, takde siapa nak habiskan. Nanti rugi. Sbb ni sesi percubaan je, nak tgk diorang minum ke tak susu selain ibu punya. Hoho. She belikan jugak satu botol susu TollyJoy. Patut kena beli dua. Biar sama. Nanti next gaji ibu beli lagi satu okay. So, awal2 try bagi diorang susu tu, diorang buang!!! Stress mak!! Habis basah leher & rambut semua. She isi 90ml setiap sorang. Luak sikit je, tu pun sbb tumpah2 ke leher. Huhu! So twinnies 2 ibu 1. Iskk!

Sejukkan susu dlm fridge



Bila dah tak luak langsung tu, She rasa sayang nak buang. So She masukkan dlm fridge. Petangnya lepas diorang bangun tidur, She try bagi susu yg dah sejuk tu. And its miracle!! Diorang minum sampai habis!! See the pic above. Licin! She tau tak elok bagi anak minum sejuk2. Tapi dah itu yg diorang suka, so ikutkan je lah. She tak pandai bertegas sgt. Kalau moksu Sue diorang kemain marah bila She bagi minum sejuk2. Garang betul Sue tu. She pun takut. Huhu! Tak kisah lah, janji awak minum jugak susu Dutchlady tu & secara tak langsung keputusannya dah berubah kepada; ibu 2 twinnies 2 ek.

Hmmm. Scorenya seri 2-2. So how? Considered berjaya ke tak percubaan awal nak wean off ni? Okay takpe. Tarikh 17 Februari nanti awak genap 2 tahun kan. Lepas tarikh tu, ibu akan cuba approach yg lagi ekstrem. Iaitu sesi sapu-sapuan kat area miss B ibu ni. Kita tgk score siapa naik nanti okay. Stay tuned! :*



Sunday, January 15, 2017

Baby blues syndrom



Assalamualaikum.
Just a quick update. Topik nak cerita ialah related dgn sindrom mak2. Pernah dengar 'baby blues'? Kalau mcm tak familiar, 'postpartum depression' mesti a bit familiar kan? Dua-dua tu berbeza, cuma nature or sources dia sama, iaitu 'BABY' a.k.a ANAK.


Dua tiga hari lepas, She tiba2 jadi mcm tak tentu arah. Mood tiba2 swing 360 darjah. Membentak2, menjerit2 satu rumah, menangis mcm org gila. Masa tu twinnies dok berebut phone. Selalunya She okay je ngadap situasi perebutan antara depa berdua tu. Hari2 dok ngadap, imun dah sepatutnya. Tapi ntah mcm mana hari tu tetiba She rasa mcm berubah jadi mcm tak betul. Rasa nak marah membuak2 sgt! At first She fikir emosi nak datang period. Tapi till today takde pulak tanda2 senggugut ke bagai. Elok je belum period2 pun lagi ni ha.


She mcm tak waras hari tu. Ditambah dgn si dua ketul tu bergaduh melalak2 pulak, lagi menambahkan bara yg tersimpan. She ignore mula2, tapi rasa bingit & bengang sgt bila melalaknya makin kuat. Then She marah lah diorang mcm org gila. Tak pernah rasanya She marah mcm tu. Sedar, tapi uncontrol. Twinnies buat muka redha je tak faham awat ibu tetibe jadi mcm The Hulk. Huhu! Dah marah-marah and then nangis pulak. Konfius diorang tgk She. Lepas dah nangis2 tu, bawak twins mandi petang tu, rasa mood mcm dah okay sikit. Terus text Riky. Mengadu rasa mcm letih penat bosan.


Petang tu Riky balik awal sikit, selalu balik dari gym lepak makan dulu. Ni tak, dia beli tapau je makan kat rumah. Nak teman org meroyan makan sekali katanya. Huhu! Malam tu sesi luahan rasa, terhambur lagi air mata She ni. Dok tanya dia 'am I a bad mom?' Rasa mcm jahat diri She ni. Jerit2 kat baby yg tak tahu apa2. Aduh menyesal. Tenang je dia hug She sambil urut2 belakang leher She. Katanya faham She letih jaga babies. Rasa lega sikit hati ni lepas dah nangis2 kat Riky malam tu.


Hmm risau sgt ada intention yg bukan2 mcm commit suicide ke bagai. So She cuba Google. Nak tgk normal ke mak2 tiba2 ada tantrum mcm tu. Rupanya ramai je pun. Baby blues namanya. Ada satu blog ni She tertarik utk screenshot & up sini. Mmg betul pun kata sis dlm ayat kat bawah ni, marah kita tu sekejap je pun. Bukan berhari2. Hari2 dah dok tahan sabar, kira mcm dah over the limit lah tu, tu yg sekali meletop terus tak hengat. Huhu. *kredit to mahligaicinta.com


Esoknya ha ambik kau, dua2 Ayien Ayish She hug tanda minta maaf atas keterlanjuran menjerit2 kat diorang semalamnya. Hmm. Rasanya akan ada banyak lagi cabaran dugaan jadi mak2 ni. Ini baru permulaan je. Susahnya nak kawal emosi depan anak2 kan. Memerlukan kesabaran. She paling takut kalau jadi ibu yg suka jerit2 kat anak. So after this kena cuba bersungguh2 utk tanamkan prinsip 'No Yelling'. Kena selalu bertabah ngadap karenah diorang. Geram betul She, diorang makin kuat bergaduh berebut pastu melalak satu rumah. Tak pepasal jiran2 ingat ibu dok dera awak2 berdua twinnies oih. T_T


*all pics credited to pakcik Google. 



Saturday, January 7, 2017

Twinnies dah anak dara!

Chakkk! Hai semua. Haha korang jgn bosan pulak dok ngadap She asyik up entry baru je ni. Bukan selalu dapat ngadap blog sekerap ini. Actually sbb free sikit awal2 tahun ni. Kerja tak byk sgt so boleh lah ada leisure2 time mcm sekarang ni.

Terdetik nak up entry ni sbb rasanya mcm dah lama ceq tak gebang2 pasal si dua ketul kesayangan hamba tu. Usha2 gallery phone ni, kemain byknya pic yg tak terupdate masa menyepikan diri dari arena blogging ni. So moh ler kita cuci mata tgk gelagat anak dara dua ketui ni.


Kalau nak cerita pasal perkembangan diorang, tak byk pun yg berubah. Still tak fluent bercakap pun lagi. Cuma the best part is pandai ikut apa yg org sebut. The simple word je lah. Rasanya development depa mcm agak lambat sikit compared to other babies yg sebaya diorang. But then think positive je yg diorang ni premature kan, so why bother. Bak kata aba diorang, lambat laun bercakap jugak. Its just a matter of time.


Nak tau, diorang panggil She 'mama' tau. Bila nak susu, "mama mama". Adoi letih dok ajar mulut tu sebut 'ibu'. Last2 latih diorang sebut 'bubu' sekarang ni. Muka konfius je ikut sebut 'bubu' tu. Pandai sebut je tapi mcm tak sure 'bubu' tu sejenis apa. Sedih. T_T


Rumah She ni ada penimbang. So far timbang berat diorang dah mcm tak naik dgn jayanya. Tak mcm dulu2. Maintain 10.4kg (Ayien) and 10.1kg (Ayish). Mungkin sbb makin lasak dah sekarang. Makan semua bedal je pun. Gigi geraham pun dah tumbuh so makan nak demand mcm org dah besar. Nasik goreng, mee goreng. Still menyusu badan & sgt2 kuat menyusu! Kekadang rimas ibu ni, pagi ptg siang mlm mengempeng je. Bulan depan dah nak masuk dua tahun dah umur, mcm mana nak wean off ni. Risau.


Awal2 tahun ni tgk kat FB ramai mummy daddy yg sibuk post pasal anak2 pergi sekolah. She mcm rasa teruja at the same time mcm takut bila fikir lebih kurang 4 tahun lagi She pun akan melalui situasi yg sama mcm tu jugak. Rasa mcm tak ready pun ada jugak bila fikir anak2 akan semakin membesar, akan bersekolah. Mesti rindu masa diorang baby mcm sekarang ni kan. Masa tu mesti sebak je bila tgk balik pic2 masa diorang kecik2 ni. Haih cepatnya masa berlalu.

Membesarlah dgn sihat ye my ucuk kuasa dua. Muahciked.

Okay lah, stop dulu ek. Nanti free time lagi She up pic vacation/getaway sepanjang 2016. Terperuk je ni ha dlm gallery phone ni. See u soon. Bye2.



Thursday, January 5, 2017

Quality time on New Year

Assalamualaikum. Seperti yg dijanjikan, entry ni utk tepek pic masa jalan2 sambut New Year hari tu. Sebenarnya takde lah sambut sgt pun. Malam bunga api bergemerlapan tepat pukul 12 tu, kitorang semua dah terbungkang atas katil. Sambut dlm mimpi je hihi.

31 Disember 2016 kitorang jalan2 Aquaria KLCC. Exposedkan twinnies dgn hidupan laut. Sadly, diorang tak nampak excited sgt pun, kecik sgt lagi. Kitorang lambai ikan, diorang pun ikut je melambai dgn muka konfius. Huhu! Tunggu diorang besar sikit dah kenal jenis2 ikan kita repeat pergi lagi ek.











Sebenarnya lepas Aquaria tu kitorang ada singgah IKEA Cheras jap, mama nak mamam meatball katanya. Tapi maaf kat IKEA takde pic pun. Sibuk makan masing2 sampai tak dan nak snap pic. Esoknya 1 January 2017, kitorang jalan2 Ampang Point & pergi rumah paklang (abang mama Riky) kat Salak Tinggi. Tapi kat rumah paklang takde snap pic pun. Kat Ampang Point pun sikit je bergambar.







Okay lah. Tu je pic yg ada. Nanti kalau ada next getaway will update here ya. As for now bye2. Dah ngantok, nak tido dah. Good night.



Sunday, January 1, 2017

Happy New Year!!

Bermain hujan sehingga lencun,
Lencun bersama dgn rakan2,
Dam dam dum bunyian mercun,
Meriahnya New Year kita raikan.


Salam semua. Mood berpantun pulak subuh2 ni hihi. Nak wish Selamat Tahun Baru 2017 utk semua! Azam She tahun 2017 ni, salah satunya obviously seen sekarang dan di ketika ini. Iaitu tak lain tak bukan, akan cuba utk merajinkan diri mengupdate entry dlm blog ni. Hakak cuba ye.

Semalam (Sabtu 31/12) kitorang lepak Aquaria KLCC. Lepas tu pergi makan kat IKEA Cheras. Balik2 semua dah letih, so end up celeb new year atas katil sambil dengar bunga api dentam dentum. Pic semua kat DSLR Sue. Nanti bila dah retrieve ke phone She akan up sini k.

Nak cerita pasal azam utk tahun 2017 ni, tapi She rasa mcm takde azam sgt pun yg nak digebangkan. Mengikut pemerhatian She, tahun 2017 ni ramai gila dlm kalangan kawan2 & cousin2 She yg bakal menimang baby. My besties G'Jie & Kakna both tgh preggy. Also tak lupa juga my cousins; Diba, Kak Ain, Ika, Kak Yanti, Shuhadah, pun tgh preggy. Tu belum lagi campur dgn kawan2 yg memilih utk tidak menghebohkan kehamilan diorang. Congrats korang semua! Ramai betul baby 2017 nanti. Ada yg tanya She, bila nak bagi twinnies adik, harap maaf. Itu (pregnant) langsung tak termasuk dlm kamus azam tahun baru She. Tidak utk tahun 2017 ni, waima tahun 2020 juga. Masih lagi trauma. Nak manja2 dgn twinnies sampai puas.


Apa yg dapat disimpulkan, azam She ialah utk menjadi lebih baik dari tahun2 yg sudah. Utk 2016, azam nak bebas dari hutang dah pun tercapai. Both MARA & PTPTN dah terlepas dari bebanan di bahu ini. Jiyeah alhamdulillah saya kini bebas hutang! So utk tahun ni, mungkin boleh masukkan travelling as my wishlist. Hihi verangan. Tu pun kalau ada rezeki lebih lah. Plan nak buatkan passport utk twinnies nanti. Ajak mereka melihat dunia. Amboi denga mcm gempak. Tak jauh sampai Amerikano pun aih. Asalkan dapat penuhi keinginan She nak merasa naik flight je pun okay dah. Mungkin Sabah Sarawak ke kan. To incek hubby, moh ler kita kumpul duit. Nak naik katebang please. (wink eyes)

Okay lah. Nak tidur sat. Hari ni ada plan jenjalan lagi. Akan diupdate sekali dgn pic Aquaria semalam k. Chow cincau dulu ya. Papai.