Tuesday, February 10, 2015

warkah buat twinnies

Kehadapan twinnies yg disygi,

      Tujuan ibu menulis warkah yg satu ini adalah untuk bertanya khabar, selain mahu berborak2 dengan awak berdua, sekaligus mengingatkan kepada twinnies tentang beberapa perkara yg rasanya wajar untuk ibu highlightkan di sini.

    Untuk makluman, ibu baru balik dari Hospital Ampang tadi. Ibu admit hospital buat pertama kali tau. Itu pun sbb twinnies lah. Tak sabar2 ye nak keluar. Ish3. Dua hari ibu admit, dua kali jugak dpt tengok awak berdua kat scan monitor screen. Ibu nak ucapkan terima kasih kat twinnies sbb twinnies dua2 dah engaged in head, maksudnya posisi kepala twinnies dua2 dah ke bawah. Ada harapan ibu nak bersalin normal. Minggu nie, umur twinnies dianggarkan sudah pun mencecah 33 weeks, dengan berat masing2 1.46kg dan 1.67kg. Ibu sepatutnya dah balik rumah atuk & nenek kat JB minggu lepas, tapi ibu tak jadi balik sebab tak sanggup nak berjauhan dgn aba twinnies. Haha! Manja tak ibu? Ngee!

  Ibu harap sgt twinnies boleh bertahan at least sampai bulan Mac nnt. Ibu belum ready lagi nak keluarkan awak berdua dari perut ibu. Kalau boleh, nak tunggu twinnies betul2 besar dan sihat untuk menghadapi kehidupan kat luar perut ibu yg serba mencabar nie. Maafkan ibu bila kadang2 ibu meroyan sbb selalu kena sembelit, kulit perut rasa gatal2, sakit pinggang sbb perut mengeras, insomnia mcm kelawar sampai mata jadi mcm panda, pigmentasi kulit jadi makin teruk, jalan pun dah slow mcm nenek2. Walaupun ibu tahu itu semuanya disebabkan oleh faktor pembawakan awak berdua, tapi bukan niat ibu nak salahkan twinnies. Cuma kadang2 ibu nie kurang sedar bila dlm keadaan emosi tak terkawal. Maafkan lah kekhilafan ibu itu ya twinnies syg.

  Bulan Mac dah tak lama dah. Harapan ibu, twinnies lahir dengan senang dan tak terlalu menyakitkan ibu. Sbb ibu nie jenis yg lembik tak tahan sakit lama2. So, mmg sgt2 berharap twinnies tolong ibu nanti ya. Jangan lemah mcm ibu, twinnies kena kuat, so then kita boleh balance the energy during deliver time tu nanti. Ibu dah tak kisah antara bersalin normal or ceaser, yg penting awak berdua sihat, sempurna, comel dan putih. Eh? Demand pulak ibu nie. Hoho!

   Okeylah syg2 ibu. Sampai disini dulu coretan ibu untuk awak berdua. InshaAllah dengan izin dariNya, ibu anggarkan lebih kurang dalam 4 minggu lagi untuk kita bersua muka. Ibu mmg target 37 minggu bawak twinnies dalam perut nie. Harap sgt dpt capai target tu, sbb masa tu rasanya masa yg sgt sesuai untuk melahirkan; tempoh tu takde lah considered as premature bagi kelahiran kembar. So, hoping that you both and I boleh bertahan sampai lah ke tempoh tu. Amin! Tak sabar nak jumpa twinnies! Muaahhx2! :*

Lately nie Ibu suka sgt tgk baby nie. Hoping that twinnies pon comel mcm nie jgk. Geram!!



0 feedback:

Post a Comment